Friday, January 2, 2015

Food Review: Steamboat & Grill @MAEPS

Semalam kami ke PTPTN di bangunan Wisma Yayasan Negeri di bandar Seremban. Kemudian, terus ke Seri Kembangan, rumah Ipi. Singgah sana untuk solat dan mandikan anak-anak sebelum ke UPM Kampus Perubatan sebelah Hospital Serdang untuk ambil Noreen. Yippey! Oh, Ipi tak join sekali, kalau tak mesti lagi best makan steamboat ramai-ramai.


Muka excited dapat melantaķ makan ikan, ayam, dan sotong banyak-banyak ;p

Seperti yang saya beritahu sebelum ini, makan kat sini memang berbaloi. Tapi kena bersedia la sikit. Amboi, nak makan pun kena bersedia jugak ke? Saya kongsikan tips makan di sini.

1. Kosongkan perut. Kalau boleh lunch makan ringan-ringan je. (Saya lunch nasi semalam, makan banyak jugak pun)

2. Datang awal. Kalau boleh, lepas maghrib je terus sampai sini. Mulakan proses makan-memakan seawal jam 8 malam. Jadi boleh makan santai-santai dan banyak! Oh, kat sini disediakan surau, boleh datang sebelum maghrib, dan solat sahaja di sini. Lagi senang.

3. Makan seafood, daging, dan ayam. Jangan ambil makanan proses yang yong tau fu punya tu. Bukan apa, nanti perut cepat penuh. Kalau perut penuh, kenyang lah. Rugi pulak bayar RM33 tu. Baik ambil seafood yang sangat mahal kalau kita nak beli masak kat rumah tu. Melantak la udang, sotong, kerang, kepah, ketam, siput buluh (betul ke ni?), ikan puas-puas. Kalau nak beli sendiri berapa ekor je ketam dapat beli dengan RM33 tu kan.

4. Makan ramai-ramai. Lagi ramai lagi bagus. Makan sorang kita cepat boring. Kalau makan ramai-ramai, kita semangat tengok orang lain makan, kita nak makan lagi dan lagi dan lagi sampailah berbaloi duit kita bayar. Bwahaha!

5. Jangan minum air. Ambil ABC. Kalau tercekik atau tersedak, hirup je ABC. Minum air banyak cepat kenyang! Rugi!

6. Makan slow and steady je. Enjoy!

Sori semalam gelojoh sangat tak ingat snap gambar walaupun henfon ada kat tepi tangan je. Huhu *___*

Ini gambar hasil ihsan blog rasmi Maepsbistro. Tolong promote okey :)




Sila terliur.

Kalau pergi masa birthday, dapat free untuk steamboat. Ruginya, patut pergi esok je kan, huhu  *____________*

No comments:

Post a Comment