Monday, January 19, 2015

Food Review: Restoren Nasi Arab Damsyik, Senawang

Ini kali kedua kami makan di sini. Sedap!

Service bagus.
Makanan sedap.
Air ok.

Di sini tak ada menu mandy ke kabsah ke maqluba ke. Nasi dia satu jenis sahaja iaitu Nasi Arab. Personally rasa macam nasi Mandy. Sedap!

Kami ambil:

Nasi Arab Ayam (quarter size) RM13
Nasi Arab Kambing RM16
Jus Delima (kotak) RM15
Maaf tak ada gambar. Pesan husband ambil gambar tapi takde pulak. Saya memang tak ambil la gambar, pakai Note 8.0 kang jatuh henfon jadi lauk tambahan pulak.

First time makan tak habis, bungkus bawak balik. Malam ni, habis makan sorang sepinggan. Perut dah makin besar? Haha ^__^

The only downside is the juice is not a fresh one. Ia jus dalam kotak. Kalau tengok di kotak 25% real juice, so lagi 75% adalah air dan gula. Huhu.

Di sini ada 2 jus iaitu jus delima dan mangga. Dalam kotak. Kalau tak mahu jus, boleh order shai atau teh.

Boleh pilih nak duduk bersila dalam hall atau duduk di kerusi di luar. Semuanya selesa. First time datang kami duduk bersila. Selesa bila ada anak kecil. Makan bersepah pun takpe, kang dia vacuum balik. Ngee *__*

Service bagus. Kami sampai masa diorang tengah kemas-kemas nak tutup kedai. Masih lagi melayan dengan penuh tertib. Recommended ^__^

 Hakim dah tak sabar nak makan ^__^


Hakim dan ayah. BFF sokmo.

No comments:

Post a Comment