Friday, January 16, 2015

Solid Food Uwais

Alhamdulillah, sudah 4 hari Uwais makan puri carrot. Sedap nampaknya, selalu habis je.

Success!

Puri carrot, checked ^__^

Apa KPI saya guna bagi menunjukkan anak lulus makan sesuatu makanan? Saya share.

1. Tiada alergi. Biasanya dalam bentuk ruam merah pada badan.

2. Tidak menyebabkan sembelit. Seeloknya anak buang air besar setiap hari apabila sudah mengambil semi solid atau solid food. Uwais, setakat ini buang air besar setiap hari walaupun sedikit je yang keluar. Esoknya mesti banyak.

3. Anak suka. Kalau tak alergi tak sembelit tapi anak tak suka pun tak jadi juga. Jangan lupa 4-day rule ya! Bagi can anak berkenalan dulu dengan rasa makanan baru.

Malam ini siap masak puri epal. Esok Uwais makan menu baru ^___^

Maaf tiada gambar. Excited masak, lupa nak snap. Huhu.

No comments:

Post a Comment