Saturday, January 24, 2015

Posting Sudah Tiba

Sudah beberapa hari tidak menulis. Jiwa kacau, eceh. Poyo pulak.

Sebenarnya agak serabut kepala memikirkan posting. Bila keluar je khabar (angin) keputusan tahu 13 Jan. Mulalah. Tunggu tunggu tak keluar. Khabar (angin) lagi, 16 Jan pulak. Sekali tak ada juga. Pening pening.

Dah dekat 8 bulan den tanam anggur kat rumah. Hehe :) Boring rupanya kerja tanam anggur. Nasib baik ada Hakim dan Uwais. Hilang bosan ibu.

Bab posting ni penting bagi saya. Ia bukan sahaja melibatkan kerjaya seorang manusia sahaja. Ia melibatkan kehidupan suami isteri dan anak-anak. Kalau suami isteri tinggal asing-asing, derita! Anak-anak membesar hanya bersama ibu tanpa ayah, kasihan!

Anak saya dua-dua lelaki. Pasti mereka memerlukan ayah berada di hadapan mata mereka sepanjang membesar. Ayah adalah role model kepada anak terutamanya anak lelaki.

Kerisauan saya:
1. Anak-anak.
2. Suami

Sori B, walaupun sini tulis no.2, suami totap nombor satu! Anak risau sebab mereka sedang membesar. Bukan emosi ibu je terganggu, emosi anak pun sama kalau duk jauh ni.

Alhamdulillah, khamis lepas keputusan dah keluar. Jeng jeng! Dapat mana?

SELANGOR!

Rezeki, alhamdulillah. Walaupun saya minta Negeri Sembilan, tetap syukur. Kalau dapat Johor? Lagi jauh. Sabah Sarawak? Takleh imagin rasa. Alhamdulillah.

Kali ini cuma 5 negeri sahaja terlibat. Sabah, Sarawak, Johor, Selangor, dan KL.

Negeri lain tiada kecuali untuk sekolah menengah Ulul Albab yang baru.

Harapan: Nak sekolah area Beranang atau Semenyih. Sanggup ulang alik biar la drive jauh dan lama asalkan dapat tinggal sama-sama suami dan anak-anak. Amin. Sila aminkan ye ^__^

Smile je walaupun rasa mulut dah senget.

No comments:

Post a Comment