Saturday, July 2, 2016

Ohoi lamanya tak update blog. Lepas posting je terus lupa blog ye. Almaklum sibuk yang amat :p (kononnya lah)

Lepas ni pun belum tentu boleh istiqamah menulis haha *--*


Busy tak update blog sampai siap beranak lagi sorang anak :-)

Perkenalkan tuan puteri Ain :-)

Saturday, January 24, 2015

Posting Sudah Tiba

Sudah beberapa hari tidak menulis. Jiwa kacau, eceh. Poyo pulak.

Sebenarnya agak serabut kepala memikirkan posting. Bila keluar je khabar (angin) keputusan tahu 13 Jan. Mulalah. Tunggu tunggu tak keluar. Khabar (angin) lagi, 16 Jan pulak. Sekali tak ada juga. Pening pening.

Dah dekat 8 bulan den tanam anggur kat rumah. Hehe :) Boring rupanya kerja tanam anggur. Nasib baik ada Hakim dan Uwais. Hilang bosan ibu.

Bab posting ni penting bagi saya. Ia bukan sahaja melibatkan kerjaya seorang manusia sahaja. Ia melibatkan kehidupan suami isteri dan anak-anak. Kalau suami isteri tinggal asing-asing, derita! Anak-anak membesar hanya bersama ibu tanpa ayah, kasihan!

Anak saya dua-dua lelaki. Pasti mereka memerlukan ayah berada di hadapan mata mereka sepanjang membesar. Ayah adalah role model kepada anak terutamanya anak lelaki.

Kerisauan saya:
1. Anak-anak.
2. Suami

Sori B, walaupun sini tulis no.2, suami totap nombor satu! Anak risau sebab mereka sedang membesar. Bukan emosi ibu je terganggu, emosi anak pun sama kalau duk jauh ni.

Alhamdulillah, khamis lepas keputusan dah keluar. Jeng jeng! Dapat mana?

SELANGOR!

Rezeki, alhamdulillah. Walaupun saya minta Negeri Sembilan, tetap syukur. Kalau dapat Johor? Lagi jauh. Sabah Sarawak? Takleh imagin rasa. Alhamdulillah.

Kali ini cuma 5 negeri sahaja terlibat. Sabah, Sarawak, Johor, Selangor, dan KL.

Negeri lain tiada kecuali untuk sekolah menengah Ulul Albab yang baru.

Harapan: Nak sekolah area Beranang atau Semenyih. Sanggup ulang alik biar la drive jauh dan lama asalkan dapat tinggal sama-sama suami dan anak-anak. Amin. Sila aminkan ye ^__^

Smile je walaupun rasa mulut dah senget.

Monday, January 19, 2015

Food Review: Restoren Nasi Arab Damsyik, Senawang

Ini kali kedua kami makan di sini. Sedap!

Service bagus.
Makanan sedap.
Air ok.

Di sini tak ada menu mandy ke kabsah ke maqluba ke. Nasi dia satu jenis sahaja iaitu Nasi Arab. Personally rasa macam nasi Mandy. Sedap!

Kami ambil:

Nasi Arab Ayam (quarter size) RM13
Nasi Arab Kambing RM16
Jus Delima (kotak) RM15
Maaf tak ada gambar. Pesan husband ambil gambar tapi takde pulak. Saya memang tak ambil la gambar, pakai Note 8.0 kang jatuh henfon jadi lauk tambahan pulak.

First time makan tak habis, bungkus bawak balik. Malam ni, habis makan sorang sepinggan. Perut dah makin besar? Haha ^__^

The only downside is the juice is not a fresh one. Ia jus dalam kotak. Kalau tengok di kotak 25% real juice, so lagi 75% adalah air dan gula. Huhu.

Di sini ada 2 jus iaitu jus delima dan mangga. Dalam kotak. Kalau tak mahu jus, boleh order shai atau teh.

Boleh pilih nak duduk bersila dalam hall atau duduk di kerusi di luar. Semuanya selesa. First time datang kami duduk bersila. Selesa bila ada anak kecil. Makan bersepah pun takpe, kang dia vacuum balik. Ngee *__*

Service bagus. Kami sampai masa diorang tengah kemas-kemas nak tutup kedai. Masih lagi melayan dengan penuh tertib. Recommended ^__^

 Hakim dah tak sabar nak makan ^__^


Hakim dan ayah. BFF sokmo.

Jalan Raya untuk Kereta Mainan (Roads for Toy Cars)

Skema habis tajuk post. Haha.

Hakim's new obsession, toy car. Actually taklah obses sangat, ibu yang lebih.

Alang-alang ada minat, ibu nak pupuk minat tu. Bermain kereta mainan bagus untuk perkembangan minda anak. Daya imaginasi gitu.

Jadi, ibu gigih google printable roads untuk anakanda Hakim main. Umur main ni ialah 3 tahun. Walaupun Hakim baru 1 tahun 8 bulan, takpe, main awal sikit. Cepat belajar.

Boleh download di sini atau di sini

Saya print yang link pertama sebab masa tu tak jumpa lagi yang kedua.

1. Sediakan kadboard yang cukup besar untuk jadikan base jalan raya. Saya guna kotak dapur gas.



2. Selepas print yang kita download, gunting.



3. Gubah jalan raya yang anda mahukan atas kadboard. Guna kreativiti masing-masing.


4. Gamkan. Jadi macam ni.


5. Boleh main dah!


Saturday, January 17, 2015

No Poo Method - Tak Perlu Pakai Shampoo Please Sulia *__*

Pernah dengar tak No Poo Method?
Seminggu berapa kali kita syampu rambut? Setiap hari?
Agak-agak bahaya tak pakai syampu sekerap itu? Boleh dapat kanser tak? Ei, apa bahan kimia dalam syampu, ek?
Saya selalu pening, dah tahu ada bahan kimia bahaya dalam syampu, tapi kalau tak syampu kang rambut bau pulak. Dah terkepam dalam tudung seharian kan. Huhu. Dilema hokeh.
Terbaca pasal method ni. Rupanya minah-minah saleh ramai yang dah tak pakai syampu komersial tu. Diorang basuh rambut guna baking soda dan cuka epal. 
Saya kongsi dari web www.nopoomethod.com
Ini berkenaan baking soda.
Baking soda is effective for washing away oil buildup on your scalp and hair. One tablespoonful of baking soda is enough for a single wash. Dissolve it in a cup of water until all the gritty texture disappears.
Apply the solution on your hair and massage gently. Rub your hair the same way you rub your regular shampoo, until it feels smooth. Since baking soda has no soap base, there will be no lather. When you are through, rinse off your hair under the shower.
Your scalp produces natural oil and so there may be no need for conditioning. However, baking soda can leave your hair very dry and give your scalp a scaly look, and so you may consider applying a moisturizer on your hair. Baking soda is good for people who have an oily scalp. People who have a dry scalp may need to consider using extra ingredients, and this is where cider vinegar comes in.
Ini pulak berkenaan cuka epal atau apple cider vinegar.
After a while of using baking soda to clean your hair, you might find that it becomes dry. Apple cider vinegar is a natural moisturizer, so it's ideal for dry hair and scalps.
After washing and rinsing with baking, pour a mix of apple cider vinegar and water through your hair, and then rinse with water again. This cleanses your hair and also leaves it moisturized.
Baking soda and cider vinegar is good for people with a normal, dry or even combined scalp.

Jom kita cuba. Selamat dan menjimatkan duit. Ekonomi gawat plus GST ni kena banyak berjimat cermat ^___^
Mana nak beli baking soda? Kedai barang kek dan bakeri ada, giant tesco pun ada.
Cuka epal? Selalu saya beli kat giant. Tak rugi ada cuka ni. Bukan buat masak je, nak kuruskan badan boleh, nak hilangkan sakit lutut boleh, ni pengalaman sendiri tau ^__^ Saya pakai jenama Bragg ni.

Friday, January 16, 2015

Solid Food Uwais

Alhamdulillah, sudah 4 hari Uwais makan puri carrot. Sedap nampaknya, selalu habis je.

Success!

Puri carrot, checked ^__^

Apa KPI saya guna bagi menunjukkan anak lulus makan sesuatu makanan? Saya share.

1. Tiada alergi. Biasanya dalam bentuk ruam merah pada badan.

2. Tidak menyebabkan sembelit. Seeloknya anak buang air besar setiap hari apabila sudah mengambil semi solid atau solid food. Uwais, setakat ini buang air besar setiap hari walaupun sedikit je yang keluar. Esoknya mesti banyak.

3. Anak suka. Kalau tak alergi tak sembelit tapi anak tak suka pun tak jadi juga. Jangan lupa 4-day rule ya! Bagi can anak berkenalan dulu dengan rasa makanan baru.

Malam ini siap masak puri epal. Esok Uwais makan menu baru ^___^

Maaf tiada gambar. Excited masak, lupa nak snap. Huhu.

Wednesday, January 14, 2015

Uwais Susah Nak Tidur

Anakanda Uwais ni, kalau susah nak tidur, susu dah tak nak minum, pasang je bacaan ayat al-Quran, tak lama terus lelap :)

Sonang yo. Hehe.

Kbai.

No picture. Tidur dalam gelap. Note 8.0 takde flash.