Wednesday, January 14, 2015

Berhenti Hisap Puting Tiruan

Tahu tak apa itu puting tiruan?

Ramai yang mengenali puting tiruan dengan nama soother, pacifier, puting kosong, puting palsu, puting getah. Di rumah kami, ia dipanggil puting je. Bukan puting je, puting ;)

Gambar ihsan google.

Hakim, anak sulung saya diberi puting (maafkan ibu Hakim) sejak berusia 3 bulan. Awalnya memang kami suami isteri plan untuk tidak memperkenalkan puting kepada Hakim. Tak beli pun. Puting pertama, warna pink, adalah hadiah daripada rakan.

Kenapa beri juga?

Soalan sentap okeh. Haha. Masa tu Hakim minum susu formula. Maafkan ibu :(  Hakim juga kerap menangis masa itu. Asal menangis je kami bagi susu. Asal nangis je kami bagi susu. Akhirnya Hakim mencapai berat badan obese. Susu formula kan, kalau susu ibu takpelah.

Jadinya, dah desperate kami sumbat puting. Senyaplah dia. Fikir balik, rasa bersalah pulak. Entahlah, berhenti nangis sebab puting tu soothe-kan Hakim atau sebab mulut tersumbat?

Ibu ayah berazam nak ajar Hakim supaya tidak bergantung pada puting. Plannya pada waktu cuti sekolah. Nak tengok Hakim ready atau tak.

Rupanya perancangan Allah memang terbaik. 1 Disember 2014. Hari Isnin. Cewah, ibu ingat hokey tarikhnya. Haritu ayah ke sekolah. Hakim teman ibu jemur kain, naik turun tangga tingkat atas, lipat kain, masak bagai. Sedar-sedar puting tak ada di mulut. Tanya Hakim dia pun tak ingat.

Bila ayah balik, saya beritahu. Kami ambil keputusan tak perlu beli yang baru. Kita cuba. Dan alhamdulillah, sampai hari ini, sudah sebulan 14 hari Hakim bebas puting. Syukur.

Nanti saya kongsikan caranya ye. Penat pulak jari menaip.

No comments:

Post a Comment