Wednesday, January 7, 2015

Jom Kurus

20 Januari ini Uwais genap 6 bulan. Jadi saya sudah mula bersenam semalam bagi mencapai impian memiliki badan slim melim, cewah!

Apa kaitan dengan usia Uwais baru nak bersenam? Hehe, anak pertama saya c-zer. Godek dalam internet, dapat maklumat terbaik tunggu sehingga 6 bulan baru mulakan senaman. Uwais saya bersalin secara normal. Namin saya memilih untuk menunggu 6 bulan juga. Tak mengapalah lambat sedikit, beri peluang rahim berehat dahulu. Sudah lah 9 bulan mengembang, bagi can la mengecut betul-betul.

Senaman apa?

Saya guna cd senaman Jillian Micheals. Mesti korang kenal kan. Dia jurulatih dalam Biggest Loser. Dulu memang minat tengok rancangan tu. Sekarang macam dah tak nampak pulak kat tv.


Tajuk cd ialah Kickbox Fastfix: 3 Intense 20-Minute Workout To Cut You Up Quick!



Wah! Sengaja ambik gambar separuh. Almaklum Jilian tak pakai baju yang menutup aurat gitu *__*

Harga: RM19.90

Beli di Kedai Video Speedy, Jusco Seremban 2

Review sikit.

Sikit je sebab baru mula bersenam semalam kan.

Dalam cd ni ada 3 set movement senaman aerobic menggunakan move dalam kickboxing. Set 1 lebih mudah daripada set 2. Set 2 lebih mudah daripada set 3. Senang cerita, set disusun berdasarkan kesukaran movement kickboxingnya.

2 hari ini saya lakukan set 1 dahulu.

Set 1 terdiri daripada gerakan menggunakan jab, hook, cross, punch, dan pelbagai jenis kick. Selain itu, terdapat selingan untuk muscle training menggunakan dumbbell.

Sekiranya kita pernah menonton The Biggest Loser, memang tahu Jillian ni bukan jenis yang buat gerakan ala tarian gitu. Memang dia jenis ganas punya.

First timer nak exercise boleh cuba. Saya rasa selepas buat sebulan set 1 anda akan biasa. Seminggu pertama mungkin rasa sakit urat atau sakit lutut.

Share. Kalau sakit lutut, boleh makan cuka epal. InsyaAllah sakit akan hilang. Ini pengalaman sayalah. Mungkin tak sama.

Harapan: Nak konsisten buat senaman ni. Dapat sekali sehari pun dah bersyukur. Sebaiknya nak dua kali, ngee..nak cepat kurus letew ^___^

Kat rumah takde penimbang, so bajet2 jela. Haritu berat dalam 58kg. Minta lah turun 1kg pun ok. Sebab den makan memang agak la banyak kan. Maklumlah menyusu. Taknak cut kalori, takut susu kurang...

Amin. Doakan ye :)

No comments:

Post a Comment