Sunday, November 9, 2014

Susu Tak Ada?

Sejak beberapa hari ini saya mula mengepam susu secara serius. Kenapa sebelum ini saya tidak seriuskah? Haha sebenarnya saya pening lalat. Saya sangka kalau saya pam sebelum Uwais minum, air susu kurang sekiranya Uwais mahu minum selepas itu.

Saya hairan juga, bila masa sesuai untuk mengepam susu?

Baru-baru ini baru saya tahu, elok pam susu selepas anak hisap. Eh, ada lagikah susu untuk dipam?

Jeng jeng! Jangan terkejut newbie (saya termasuk) semua. Jawapannya, ada! Banyak!

Hah, sebenarnya selain daripada dapat kumpul stok susu, kita dapat mengosongkan breast tau. Macam otai penyusuan cakap, wajib kosongkan breast after feeding. Baru badan kita hantar maklumat kepada otak supaya produce susu lebih banyak daripada sebelum ini.

Kalau pam pam tak keluar susu jugak? Lagi bagus, teruskan pam. Terus otak tahu,

"Oh, susu tak cukup rupanya. Ok, kita tambah pengeluaran susu!"

Subhanallah. Hebat dan unik kejadian proses pengeluaran susu yang Allah ciptakan.

Oh, ya. Saya sudah cuba cara ini. Baru dua hari. Yup, susu bertambah banyak dari hari ke hari. Alhamdulillah. Rezeki Uwais :)

Usaha lagi mengepam Sulia, buat stok banyak-banyak untuk tahun depan. Sila penuhkan deep freezer yang dah lama beli tak pernah guna tu, hew ^_^


Gambar motivasi, Uwais yang seksi ;)

Friday, November 7, 2014

Anak Sakit : Congenital Hypothyroidism

Anak saya yang kedua, Uwais sakit. Nama penyakitnya ialah Congenital Hypothyroidism.

Mesti tak pernah dengarkan nama penyakit nih. Memang pun, saya pun tak pernah dengar. Masa lahirkan Hakim dulu pun tak pernah dengar. Kalau bukan sebab Uwais ada penyakit ni, mungkin sampai sekarang pun tak tahu menahu berkenaan penyakit ni.

Biasa kita dengar orang sakit thyroid kan. Orang dewasa la selalunya. Tak pernah jumpa baby sakit thyroid.

Rupanya baby sakit thyroid ni lain dari orang dewasa. Sakit ini adalah keadaan badan baby tak menghasilkan hormon thyroid dengan sendiri. Mungkin badan baby takde kelenjar yang keluarkan hormon thyroid ataupun kelenjar tu ada tapi tak berfungsi.

Tapi jangan risau (ayat ambil hati sendiri huhu) penyakit ini treatable kata doktor. Baby cuma perlu bantuan. Mak ayah kena rajin bagi baby ubat. Apa ubatnya? Hormon thyroid la. Nama dia L-Thyroixine. Wajiblah ibu ayah ingat nama ubat ni.

So for now, Uwais ambil hormon ni sekali sehari. Ibu bagi makan malam-malam sebab tak nak bergantung pada baby sitter kalau bagi siang. Kang baby sitter terlupa bagi, kesian Uwais :(

So far ok je. Bagi ubat setiap hari memang renyah. Dan TAK BOLEH, TAK BOLEH termiss ubat nih.

Kenapa?

Sebab hormon thyroid sangat penting untuk tumbesaran bayi. Kalau takde hormon atau tak cukup, bayangkanlah macam mana bayi nak membesar?

Nak tahu lebih lanjut sila google, heheh :)


Ini Uwais yang comel :)

Oh ya, bayi yang tidak dirawat sungguh kasihan. Tak sanggup letak gambar di sini.